Sila baca sebelum mula
Kami tidak minta apa-apa daripada anda.
Tiada kad kredit. Tiada deposit. Tiada bayaran tersembunyi.
Preview website ini 100% percuma.
Yang kami minta cuma satu: isi borang ini dengan lengkap dan jujur. Semua maklumat yang anda beri di sini (nama bisnes, servis, harga, gambar, warna, gaya dan pelanggan anda) akan kami gunakan untuk menyediakan preview website anda. Lebih lengkap dan tepat jawapan anda, lebih hampir preview itu dengan website sebenar yang anda mahukan.
Satu perkara penting untuk anda tahu
Kami yakin anda akan suka preview website anda. Kalau anda suka dan mahu teruskan bersama kami. Sebarang perubahan pada maklumat yang sepatutnya diberi dalam borang ini (contohnya servis, harga, warna, gambar atau gaya yang ditukar kemudian) akan dikenakan caj.
Sebab itu kami minta anda luangkan masa isi borang ini dengan betul dari awal. Ia jimatkan masa anda, masa kami, dan duit anda.
Terima kasih kerana serius dengan bisnes anda. Jom mula.
